Thursday, June 28, 2012

- 26/6/2012 + Alhamdulillah -

26/6/2012..Sesuatu yang sangat berharga akhirnya berjaya menjadi milikku..Tatkala apa yang kuimpikan,kunantikan selama ini akhirnya sampai jua ke penghujungnya..Untuk sekeping kertas yang kuperjuangkan selama 7tahun..Aku akui ini bukanlah sesuatu yang amat mudah untuk aku..Tewasnya perasaanku pada sehelai kertas hingga mampu aku titiskan air mata ini..Masih aku ingat lagi tatkala aku jatuh tersungkur,aku lemah tiada daya untuk aku bangun,tapi tetap aku gagahi jua demi mendapatkan hak aku,lalu hari ini menjadi saksi bahawa kejatuhan aku,tangisan aku selama ini berbayar jua..Bukan "title" yang aku kejar selama ini tetapi impian yang menggunung..Lalu sedikit sebanyak rata jua gunung impianku sehingga bisa kucapainya hari ini..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Syukur aku kepada nikmatNya yang tak terhingga..Mungkin aku belum mencapai tahap yang terbaik tetapi aku tetap bersyukur kerana peluang ini berjaya menjadi milikku..Maka dengan ini bermula lembaran baru dalam hidupku dimana aku harus memikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini..Mampu atau tidak,terpaksa jua aku lalui kerana ini adalah jalan yang kupilih..

Monday, February 20, 2012

- Aku Hanya Aku -

Aku bukan seorang pujangga,
Menabur kata di atas cintamu..

Aku bukan seorang pengembara,
Memburu rasa dalam jiwamu..

Aku bukan pelukis terhebat,
Potretkan sebuah kanvas cinta buatmu.

Aku bukan seorang pemuitis,
Puitiskan iramamu dalam puisiku..

Aku cuma hanya seorang kekasih..

Yang tidak pernah kenal erti lelah,
Yang tidak pernah kenal erti jemu,

Yang sentiasa menagih cinta darimu,
Yang hanya akan menghantui dirimu,

Agar dapat memberi rasa cinta ini tulus untuk kamu...

Tuesday, February 07, 2012

- Dia -

Bila difikirkan kembali segalanya yang berlaku bukanlah sesuatu yang mudah..


Berdiri dan jatuh seiringan dengan masa yang mendesak membuatkan aku makin lemah untuk bernafas..Tetapi aku cuba menghirup sisa sisa yang ada agar aku bisa bangkit,agar aku bisa bukakan mata yang sudah lama terpejam ini..Nyawa perasaan itu sudah banyak tercalar namun masih mampu untuk bertahan..Sedikit pun ia makin rapuh, pantas diubati agar tidak hancur ditelan nadi yang bercelaru tanpa putusan..

Aku yang memiliki,aku yang mengemudi..

Hancurnya ia memang akan menjadi salahku yang tak mungkin mampu tuk dimaafkan..Bahagianya ia tiada bayaran..Lekanya aku bukan pintaan..Lalu bangkitnya aku kala ini kerana dia,senyumnya aku kerana dia dan bahagianya aku kerana dia..

Dia itu sabar,dia itu tenang,dia itu pembawa derita,dia itu pengubat luka,dia itu bahagia..

Dia itu dia,yang tanpa lelah mahu aku bangun seiringan bersamanya tuk meneruskan apa yang pernah terhenti tanpa tujuan..

Mampukah hanya terima kasih itu cukup buatnya yang istimewa?

- Senyuman Itu Milik Mereka Yang Sabar -

Hari ini indah tak seperti hari semalam yang penuh dengan gelapnya awan,lebatnya hujan..Benar kata orang,tuk menghadirkan pelangi itu bukan sesuatu yang mudah,harus bisa menerima hujan yang datang melanda..Panas tak semestinya bahagia..Mendung bukan bererti sengsara..Lalu aku belajar bahawa semua itu adalah dugaan dariNya Yang Maha Esa,Yang Maha Kuasa,menitipkan rasa kasih dan rindu,menghadirkan pelangi tatkala ribut melanda..Dan aku akui,aku bersyukur padaMu kerana bukan saja mengurniakan ujian ini kepada hambaMu yang lemah dan hina ini,tetapi juga memberi peluang untukku mengatasi segalanya..Semoga hari ini berterusan dengan segala yang baru, yang lebih sempurna untukku..Semoga coretan kisah semalam itu akan terus terhenti buat selamanya..Semoga ujian itu mampu memberi peringatan kepadaku untuk sentiasa kuat dalam menjalani segala dugaan yang bakal mendatang..Amin~

Wednesday, January 25, 2012

- Aku -

Biarkan aku hidup dalam fantasi,
Biarkan aku terbuai dalam mimpi,
Biarkan aku yang yang merasai,
Biarkan aku yang memiliki..

Realiti itu sakit,
Realiti itu pedih,
Realiti itu bukan untuk aku saat ni..

Aku ingin sendiri,
Aku ingin sepi..

Hidup aku untuk aku,
Mati aku untuk aku..

Tak perlu dihirau,
Tak perlu di tanya..

Kerana aku lebih bahagia begini..


Monday, January 23, 2012

- Awak -

From somewhere to someone..
 
Saya tak kata saya dah berhenti menyayangi awak..Saya tak kata saya dah benci awak..Saya tak kata saya tak sukakan awak..Saya tak kata saya nak tinggalkan awak..Tapi..Saya penat..Saya penat untuk buat semua sendiri..Saya penat nak berusaha lagi..Saya penat nak menegur benda yang sama..Saya penat sebab awak tak pernah nak bersungguh sungguh macam dulu..Awak tak kesiankan saya ke?Saya sayang awak sangat tapi kenapa awak selalu tak nampak saya?Kenapa awak selalu lupakan saya?Awak dah bosan dengan saya?Awak dah penat melayan saya?Awak dah tahu saya sayangkan awak,jadi awak tak perlu buat apa apa kan..Awak...Saya nak cakap ni sekadar untuk peringatan awak je..Awak janganlah cuba mencabar kesabaran saya,jangan menguji kasih sayang saya..Saya manusia biasa awak..Sedangkan hujan pon boleh hadir tatkala matahari memancar inikan pulak hati saya..Saya tak mintak benda yang buruk untuk kita,tapi jangan sampai saya hilang,bukan saja dari hidup awak,tapi juga dari hati awak..Kalau dah sampai itu yang berlaku,awak renungkanlah balik apa yang saya pernah cakap sebelum ini ye..Saya harap awak boleh faham apa yang saya bagitahu ni sampai bila bila,sebab saya dah sangat penat,jangan uji saya lagi ye..Sekian..

Dia..

- Lupa -

Kadang kadang...
Tak semua yang kita harapkan akan berlaku seperti yang dirancang..
Kadang kadang..
Kita terlupa bukan kita yang menentukan segalanya..
Kadang kadang..
Kita terlalu taksub sehingga kita buta untuk meneliti sesuatu..
Kadang kadang..
Kita terbuai tanpa henti hingga tak pernah untuk melihat ke hadapan..
Kadang kadang..
Tatkala kita terjatuh kita alpa itu adalah amaran..
Kadang kadang..
Kita memang punya pilihan tapi tak pernah mampu untuk memilih..

Kita ini apa?

Sendirian merencanakan hidup tanpa tujuan,
Lupa pada si Penentu,alpa dengan kenikmatan yang bukannya hakiki milik kita..

Jangan pernah berpaut pada si dahan kerana kita tak akan pernah menjangka bila ia akan rapuh..
Berdirilah di kaki dengan sendiri,
Apa kau lupa hadirnya kau di dunia ini sendiri,
Pergi jua nanti tetap sendiri..

Lalu mengapa harus menagih akan sesuatu yang akan pernah kekal bersama?

Sunday, January 22, 2012

- Ya Allah -

Ya Allah,berat sungguh rasa yang aku tanggung dalam hatiku ini..Ya Allah,sungguh aku tak mampu untuk mengertikan apa yang berlaku pada diriku..Ya Allah,sungguh apa yang terjadi padaku ini benar?Tapi mengapa sekarang?Kenapa bukan dulu?Mengapa harus ada ruang itu dan mengapa jua ia terisi tanpa aku sedari..Ya Allah,sesungguhnya dugaanMu ini terlalu besar untukku..Sakitnya tak mampu aku menahan,pedihnya tak dapat aku gambarkan..Aku bingung,aku celaru,aku buntu..Ya Allah,hanya padaMu aku bermohon,Kau tunjukkanlah jalan yang benar untukku,bersihkanlah hatiku ini agar aku bisa merasai kenikmatan kasih sayang yang sebenar benarnya..Ya Allah,jika dia itu untukku,kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya,dan jika dia itu bukan jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,kau jauhkanlah hati kami..Sesungguhnya hanya padaMu kubermohon dan padaMu jua lah aku berserah..Amin..

Tuesday, January 10, 2012

- Kehidupan -

Senyum tak bermakna gembira,
Mungkin sedih itu datang menerpa..

Marah tak bererti benci,
Cuma kadangkala tak mampu untuk bersembunyi..


Suka tak bererti sayang,

Kerna itu lumrah alam..

Diam bukan bererti tak berminat,

Tapi mungkin sedang berfikir..


Ketawa tak bererti selamanya bahagia,

Kadangkala harus ada derita..


Kerna segala yang kita hadapi itu kadangkala tak perlu untuk dipamerkan..


Kerana kita hanya insan biasa,
Kerana kita punya perasaan,


Yang tak akan mungkin dapat dimengertikan..

- Kisah Itu -

Jangan kau cabar hati ini,
Jangan kau duga perasaan ini,
Jangan kau pernah untuk membenci,
Jangan kau cuba untuk menyakiti.


Aku ini apa padamu,
Aku ini siapa untukmu,
Aku menanti jawapanmu,
Aku menanti kehadiranmu.


Tapi..


Mengapa kau biar kisah itu tergantung?

Mengapa tidak ia bersambung?
Mengapa perlu adanya mendung?
Bila sayang masih terbendung!

Wednesday, November 02, 2011

- Berhenti -

Aku berhenti untuk berlari..Aku berhenti untuk mengejar..Aku hentikan segalanya..Tapi,makin ku cuba tuk berhenti,makin aku gagal merubah segalanya.Pedihnya tuk aku tinggalkan semua rasa itu,hanya aku yang menanggungnya.Makin aku cuba untuk luahkan rasa itu,makin aku cuba tuk berdiam,makin kuat rasa itu memburuku.Jika bisu itu tiada bicara yang bertandang mengetuk perasaaan itu,biarlah bisu itu yang menjadi penemanku..Jika pekak itu tandanya aku tak mungkin akan mendengari atau merasai,jadikanlah pekak itu pendampingku..Tapi andai semua itu hanya khayalan,hanya tanggapan untuk memujuk hatiku sendiri,biarkanlah aku terus begini.Entah apa yang berlaku,tak dapat aku mengerti,tapi mengapa pedihnya harus terus menusuk kalbuku,menggangu jiwa & perasaanku kala ini.Ketenangan itu yang aku impikan.Bahagia itu yang aku dambakan.Adanya ia di depan mata,tapi rasa sakit itu yang merampas segalanya..Apakah akan sampai suatu saat itu,aku akan berhenti untuk berharap?

Wednesday, October 19, 2011

- I'm Back -


It's been more than a year since i left my blog without any post..now i'm back with my own lame routine..i dont hv any idea why i stopped writing..may be theres nothing to say out loud or may be my life was just so *good*!! erghh.. ok , from now on , i'll try my best to keep my blog up to date , at least a post per week..heeee..ok , i'm talking to myself right now n actually it does make me more comfortable to accept who i am.. :) it's time to create another story , at least for now..

Wednesday, February 03, 2010

- Sendiri -

Kubutakan mata ini untuk melihat segala kepayahan,
Kupekakkan telinga ini untuk mendengar semua rintihan,
Kumatikan langkah ini untuk menolak persinggahan,
Kuhilangkan rasa itu untuk ubati perasaan..

Tapi,
Siapa yang mahu melihat payah itu?
Siapa yang mahu mendengar rintih itu?
Siapa yang mahu menolak singgah itu?
Siapa yang mahu ubati rasa itu?

Sendiri aku berdiri,
Sendiri aku hadapi,
Sendiri aku sunyi,
Sendiri aku tenang,
Sendiri jua aku lalui segalanya..

Sunday, January 03, 2010

- Al-Fatehah -

Bismillah..

"Bukan aku melayan perasaan,tapi hati aku tetap punya perasaan.."

Tok,atin rindu kat tok.Atin rindu nk sembang dengan tok.Atin rindu nak makan tok masak.Tok baik sangat,terlalu baik.Tok banyak buat itu ini untuk atin.Tapi,atin xdpt nk wat pape pon tuk tok.Tok jage mkn mnum atin,pkai atin,dr atin mula2 buka mata.Tapi,atin mntak maaf,atin xdpt nk bls 1pon jasa2 tok.Atin xdpt jaga tok,Atin xdpt jmpa tok walaupon sesaat.Tok dh xde,xkn ade smp bile2.Atin xtau bile atin buke mate,tok dh xde,xde dpn atin,xde nk lyn atin,xde nk tny kabar atin,xde nk smbg ngn atin,xde nk cium atin,xde nk tdo dgn atin,xde nk jga mkn pakai atin dh.atin tau,atin kena kuat,kene trima smua dugaan Allah.Allah xkn uji kita kalau kita xmampu kn.Mungkin sebab tu allah xtemukan atin ngn tok wat kali terakhir.Alhamdulillah,stakat ni atin masih boleh kawal perasaan atin,tapi kdg2 bile atin srg2,atin tingat tok,bile atin smyang,atin nmpk tok,bile atin bcekn yasin tuk tok,atin nmpk tok snyum,tp atin sebak.Atin bc dlm sebak..Air mata atin xbhenti mngalir..Atin rndu tok...rindu nk pluk tok..tp atin tau,atin xkn dpt pluk tok dh..Demi Allah,tok terlalu baik,jaga atin,k.la,dknah,n baby dgn sempurna sgt2,smpai kami pon xtau nk blas mcm mn lg..Tapi drang smua smpt jugak bls jsa2 tok,jaga tok ble tok sakit.Tapi atin je jauh,xsmpt wat pape tuk tok.Atin tau,atin bkan cucu yg baik.Atin mntak maaf,mntak ampun sgala slh slap n dosa atin kt tok slama hari ni,halalkan segala mkn mnum n jasa tok kt atin dr atin kecik.Tok,atin harap tok tenang kt sana.Smoga Allah tmpatkn tok diklangan mreka yg beriman.Smoga Allah mncucuri rhmat ke ats roh tok..Amin..Atin akan sntiasa doakan tok..Dan atin xkan lupekan smua jasa2 tok kt kami adek bradek smp bila2..Atin syg tok,rndu tok sgt2..Al-Fatehah..

Friday, December 18, 2009

- Hmm.. -

Kayu itu kaku,tak bernyawa..
Disentuh senyap,dipukul diam..

Hati aku satu,penuh perasaan..
Lembut dibelai tetap terasa,
Jauh dilempar pedih ulunya..

Bisikan itu aku dengar,

Biar angin yang tiupkan maksudnya..

Tak perlu berdolak,
Tak perlu berdalih,
Ia tak akan mampu tersimpang jauh..

Luka itu tak pernah wujud,
Tapi kesannya terlalu dalam..

Jangan tanya mengapa ada,
Jangan tanya akankah sembuh,
Kerna aku sendiri tiada jawapannya..

Friday, December 11, 2009

- Aku -

Berdiri aku kaku,
Duduk aku longlai,
Berlari aku jatuh,
Rebah aku mati..

Menjerit aku bisu,

Memekik aku pekak,
Mendengar aku tuli,

Melihat aku buta..

Tersenyum aku tipu,

Marah aku benar,
Terdiam aku benci,

Tersinggung aku pendam..

Tuesday, November 17, 2009

- Ego Itu -

Setitis air mata yang berharga,
Dibiar mengalir tanpa belas,

Dipujuk hatinya tiada terdaya,
Dibiar dirinya terlalu biasa.
Digenggam lembut mulus jemarinya,
Tiada kata yang bisa terucap.

Satu kata yang tidak pernah lekang dari bibir itu,

Tapi ego yang merentapnya kini.

Mengapa?

Kerna jauhnya seperti istana kayangan?
Mau dibilang maaf,bukan salah dirinya.

Atau kerna cinta itu sudah semegah taj mahal?

Terlalu megah hingga tak perlu disanjung setinggi awan?

Wednesday, September 02, 2009

- For you -

My dear Ayang,

I'm sorry for being a miserable and an unperfect lover for you.I've never done something special for you.As all i know,i just walked into your life and leave the rest to you.Being with you make me happy as i can't even describe it and those will just create a memorable moment between us.As time goes by,i want to be beside you,spend my whole time with you.Our joyable time completed my day.I've always make excuses and complaints but you're just a person that can comfort me eventhough its just my fault.Thanks for being my other half.I really love you,i really miss our time together.Thanks a lot my dear,my prince charming,my soulmate..Love you so much..Mmmuahxz!!

-Ur Atin-

Thursday, June 18, 2009

- Ya Allah -

Ya Allah,
Aku bingung tuk berfikir.Aku takut untuk menghadapi semua ini.Terlalu berat aku rasakan bebanan yang kutanggung ini.Langkah ini masih jauh.Tak pernah terhenti biarpun sedetik.Namun penghujungnya itu terlalu jauh sehinggakan aku sendiri tidak pasti samada aku ini sanggup atau tidak untuk meredahi semua ini.Rintangannya terlalu banyak.Aku risau aku tak mampu lagi untuk meneruskannya.Apakah memang ditakdirkan untuk aku mengakhiri segala yang bermula?Aku tak tahu sampai bila aku mampu untuk terus bertahan.Berikanku secebis kesabaran tuk aku menghadapi segalanya,kerna aku bimbang aku akan hilang arah.Aku takut segala harapan itu hancur kerna aku.Sesudah aku yang mulakan langkah ini,berikanlah aku petunjuk untuk aku melangkah lagi dengan sinarMu.Hanya padaMu aku mohon segalanya.Amin..

- Rules -

Wake up from a long sleep,
Thought it was just a dream..

Open up my eyes,
Am my toe is at high?

Standing still at the top of the mountain,
Looking at the sky with a glance of hope..

Make my own prediction,
Asking myself without answering..

Why should crystals be so clear?
Like diamonds need to be shine?

I got no intention to stop thinking..

Make a sense of touch,
Never think of feelings that lie apart..

We're just unperfect..

The best will always be a favourite,
Nor failure still jump for a conclusion..

Coz this is what we called life!!

Always break our own rules..