Sunday, June 08, 2008

- Maafkanku sayang -

Maafkan aku sayang,bila kusakitimu.Kekadang kubiarkan semuanya tempias pada dirimu.Tiada salah ingin dimengertikan.Tiada rasa yang pernah hilang dari hatiku.Masih aku sayang pada satu ikatan yang pernah ada.Tak terniat tuk aku membenci.Tak termampu tuk aku mengalah.Berikanku secebis ruang tuk kubertenang.Kasih itu tiada pernah terkurang.Masih jua mahu bertambah di setiap nadiku.Tak termampu kudiamkan semua kisah itu.Terlepas dari bibirku bukan terniat dari hatiku.Biar jiwa kecil itu cuba berkata,pantas terhalang oleh suara yang hadir.Diam aku bukan kerna aku bosan denganmu.Masih jua kuperlukan dirimu biarpun pedih yang kau rasa.Pujuk hatiku biar bukan salahmu.Redakan amarahku biar bukan kerna dirimu.Terus hadirkan dirimu di setiap waktu bisuku.Kuperlukan dirimu untuk menemaniku tatkala diriku bukan lagi aku.Teruskan dengan sabar sayangmu itu kerana sabar dan sayangmu itu sudah amat cukup meredakan segalanya yang terkusut di benakku ini biarpun agak lewat tuk memberikanmu rasa bahagia itu.