Tuesday, May 27, 2008

- Dia -


Dia melintasi hati itu tanpa punya rasa sayang.Dia pejamkan hatinya tanpa ada rasa sedih.Dia hilangkan rasa itu bila ia cuba untuk menjelma.Dia pekakkan suara yang cuba memanggil dirinya.Dia terjaga disebalik kegelisahan jiwa yang kosong itu.Dia mencari rasa sayu yang menanti dirinya.Dia terdiam tanpa mengalah.Dia menjerit untuk membisu.Dia tergagal di situ.Dia tak mampu memahami erti rintihan itu.Dia biarkan teriakan itu untuk reda.Dia nantikan sebuah tangisan mengiringi panggilan itu.Dia biarkan saja itu semua terus berlaku.Dia benci untuk kejam.Dia bosan dengan penat.Dia tak memahami erti diperlukan.Dia sepi untuk sendiri.Dia menolak kesalahan dirinya.Dia tujukan pada yang tak cuba untuk mengerti.Dia dongengkan semua kekalutan jiwanya.Dia cuba untuk menyakiti lagi.Dia sedih untuk mengadu.Dia menggeleng untuk mengangguk.Dia pujuk tipu pandangannya.Dia diam tanpa kata.Namun akhirnya,dia jua yang tak mahu untuk bersuara.Lalu terus dia melangkah lagi tanpa punya ada hirau atau kesal.

Saturday, May 10, 2008

- Sahutkan suaramu -

Sejenak kuhilangkan terus rasa itu dan kembali aku bersuara di dalam hatiku ini.Mencarimu di sebalik sebuah rimbunan yang tak pernah punya penghujung.Larikan degupan itu tatkala aku mendakap kembali dirimu yang hilang di celah rinduku semalam.Tiada dirimu bila aku perlukan.Diam aku bila dia yang bersuara.Bahagia aku bila kau yang berkata.Surut amarahku hanya bila aku padamkan sendiri.Bujukan itu tetap milikku.Tak perlu ditagih,biar harus diberi.Belaian itu kunanti nanti biar kutahu adanya waktu itu.Bukan paksaan dia bukakan kata.Tapi sukarnya menanti titipan dari bibir yang diimpikan.Gugup aku bukan ketakutan.Diam aku bukan aku iyakan.Senyumku bukan aku turutkan.Biar mengerti kata yang ditafsirkan,ada hati yang ingin dibelai.Senyap aku bukan untuk membenci.Tawa aku tidak terniat untuk kusembunyikan.Hilang kau tidak aku tangisi.Hadir dirimu tidak aku paksakan.Cuba mengerti kehendak jiwa itu.Bila sering ia memanggil,cuba sahutkan panggilan itu.Biar terkadang aku membisu,tidak aku pekakkan saja suaramu itu.Jangan biar aku yang terus meniti,kerna aku bimbang untuk terjatuh.Tersungkur hingga tak mampu aku bangkitkan lagi untuk dirimu.