Thursday, June 28, 2012

- 26/6/2012 + Alhamdulillah -

26/6/2012..Sesuatu yang sangat berharga akhirnya berjaya menjadi milikku..Tatkala apa yang kuimpikan,kunantikan selama ini akhirnya sampai jua ke penghujungnya..Untuk sekeping kertas yang kuperjuangkan selama 7tahun..Aku akui ini bukanlah sesuatu yang amat mudah untuk aku..Tewasnya perasaanku pada sehelai kertas hingga mampu aku titiskan air mata ini..Masih aku ingat lagi tatkala aku jatuh tersungkur,aku lemah tiada daya untuk aku bangun,tapi tetap aku gagahi jua demi mendapatkan hak aku,lalu hari ini menjadi saksi bahawa kejatuhan aku,tangisan aku selama ini berbayar jua..Bukan "title" yang aku kejar selama ini tetapi impian yang menggunung..Lalu sedikit sebanyak rata jua gunung impianku sehingga bisa kucapainya hari ini..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Syukur aku kepada nikmatNya yang tak terhingga..Mungkin aku belum mencapai tahap yang terbaik tetapi aku tetap bersyukur kerana peluang ini berjaya menjadi milikku..Maka dengan ini bermula lembaran baru dalam hidupku dimana aku harus memikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini..Mampu atau tidak,terpaksa jua aku lalui kerana ini adalah jalan yang kupilih..

Monday, February 20, 2012

- Aku Hanya Aku -

Aku bukan seorang pujangga,
Menabur kata di atas cintamu..

Aku bukan seorang pengembara,
Memburu rasa dalam jiwamu..

Aku bukan pelukis terhebat,
Potretkan sebuah kanvas cinta buatmu.

Aku bukan seorang pemuitis,
Puitiskan iramamu dalam puisiku..

Aku cuma hanya seorang kekasih..

Yang tidak pernah kenal erti lelah,
Yang tidak pernah kenal erti jemu,

Yang sentiasa menagih cinta darimu,
Yang hanya akan menghantui dirimu,

Agar dapat memberi rasa cinta ini tulus untuk kamu...

Tuesday, February 07, 2012

- Dia -

Bila difikirkan kembali segalanya yang berlaku bukanlah sesuatu yang mudah..


Berdiri dan jatuh seiringan dengan masa yang mendesak membuatkan aku makin lemah untuk bernafas..Tetapi aku cuba menghirup sisa sisa yang ada agar aku bisa bangkit,agar aku bisa bukakan mata yang sudah lama terpejam ini..Nyawa perasaan itu sudah banyak tercalar namun masih mampu untuk bertahan..Sedikit pun ia makin rapuh, pantas diubati agar tidak hancur ditelan nadi yang bercelaru tanpa putusan..

Aku yang memiliki,aku yang mengemudi..

Hancurnya ia memang akan menjadi salahku yang tak mungkin mampu tuk dimaafkan..Bahagianya ia tiada bayaran..Lekanya aku bukan pintaan..Lalu bangkitnya aku kala ini kerana dia,senyumnya aku kerana dia dan bahagianya aku kerana dia..

Dia itu sabar,dia itu tenang,dia itu pembawa derita,dia itu pengubat luka,dia itu bahagia..

Dia itu dia,yang tanpa lelah mahu aku bangun seiringan bersamanya tuk meneruskan apa yang pernah terhenti tanpa tujuan..

Mampukah hanya terima kasih itu cukup buatnya yang istimewa?

- Senyuman Itu Milik Mereka Yang Sabar -

Hari ini indah tak seperti hari semalam yang penuh dengan gelapnya awan,lebatnya hujan..Benar kata orang,tuk menghadirkan pelangi itu bukan sesuatu yang mudah,harus bisa menerima hujan yang datang melanda..Panas tak semestinya bahagia..Mendung bukan bererti sengsara..Lalu aku belajar bahawa semua itu adalah dugaan dariNya Yang Maha Esa,Yang Maha Kuasa,menitipkan rasa kasih dan rindu,menghadirkan pelangi tatkala ribut melanda..Dan aku akui,aku bersyukur padaMu kerana bukan saja mengurniakan ujian ini kepada hambaMu yang lemah dan hina ini,tetapi juga memberi peluang untukku mengatasi segalanya..Semoga hari ini berterusan dengan segala yang baru, yang lebih sempurna untukku..Semoga coretan kisah semalam itu akan terus terhenti buat selamanya..Semoga ujian itu mampu memberi peringatan kepadaku untuk sentiasa kuat dalam menjalani segala dugaan yang bakal mendatang..Amin~

Wednesday, January 25, 2012

- Aku -

Biarkan aku hidup dalam fantasi,
Biarkan aku terbuai dalam mimpi,
Biarkan aku yang yang merasai,
Biarkan aku yang memiliki..

Realiti itu sakit,
Realiti itu pedih,
Realiti itu bukan untuk aku saat ni..

Aku ingin sendiri,
Aku ingin sepi..

Hidup aku untuk aku,
Mati aku untuk aku..

Tak perlu dihirau,
Tak perlu di tanya..

Kerana aku lebih bahagia begini..


Monday, January 23, 2012

- Awak -

From somewhere to someone..
 
Saya tak kata saya dah berhenti menyayangi awak..Saya tak kata saya dah benci awak..Saya tak kata saya tak sukakan awak..Saya tak kata saya nak tinggalkan awak..Tapi..Saya penat..Saya penat untuk buat semua sendiri..Saya penat nak berusaha lagi..Saya penat nak menegur benda yang sama..Saya penat sebab awak tak pernah nak bersungguh sungguh macam dulu..Awak tak kesiankan saya ke?Saya sayang awak sangat tapi kenapa awak selalu tak nampak saya?Kenapa awak selalu lupakan saya?Awak dah bosan dengan saya?Awak dah penat melayan saya?Awak dah tahu saya sayangkan awak,jadi awak tak perlu buat apa apa kan..Awak...Saya nak cakap ni sekadar untuk peringatan awak je..Awak janganlah cuba mencabar kesabaran saya,jangan menguji kasih sayang saya..Saya manusia biasa awak..Sedangkan hujan pon boleh hadir tatkala matahari memancar inikan pulak hati saya..Saya tak mintak benda yang buruk untuk kita,tapi jangan sampai saya hilang,bukan saja dari hidup awak,tapi juga dari hati awak..Kalau dah sampai itu yang berlaku,awak renungkanlah balik apa yang saya pernah cakap sebelum ini ye..Saya harap awak boleh faham apa yang saya bagitahu ni sampai bila bila,sebab saya dah sangat penat,jangan uji saya lagi ye..Sekian..

Dia..

- Lupa -

Kadang kadang...
Tak semua yang kita harapkan akan berlaku seperti yang dirancang..
Kadang kadang..
Kita terlupa bukan kita yang menentukan segalanya..
Kadang kadang..
Kita terlalu taksub sehingga kita buta untuk meneliti sesuatu..
Kadang kadang..
Kita terbuai tanpa henti hingga tak pernah untuk melihat ke hadapan..
Kadang kadang..
Tatkala kita terjatuh kita alpa itu adalah amaran..
Kadang kadang..
Kita memang punya pilihan tapi tak pernah mampu untuk memilih..

Kita ini apa?

Sendirian merencanakan hidup tanpa tujuan,
Lupa pada si Penentu,alpa dengan kenikmatan yang bukannya hakiki milik kita..

Jangan pernah berpaut pada si dahan kerana kita tak akan pernah menjangka bila ia akan rapuh..
Berdirilah di kaki dengan sendiri,
Apa kau lupa hadirnya kau di dunia ini sendiri,
Pergi jua nanti tetap sendiri..

Lalu mengapa harus menagih akan sesuatu yang akan pernah kekal bersama?

Sunday, January 22, 2012

- Ya Allah -

Ya Allah,berat sungguh rasa yang aku tanggung dalam hatiku ini..Ya Allah,sungguh aku tak mampu untuk mengertikan apa yang berlaku pada diriku..Ya Allah,sungguh apa yang terjadi padaku ini benar?Tapi mengapa sekarang?Kenapa bukan dulu?Mengapa harus ada ruang itu dan mengapa jua ia terisi tanpa aku sedari..Ya Allah,sesungguhnya dugaanMu ini terlalu besar untukku..Sakitnya tak mampu aku menahan,pedihnya tak dapat aku gambarkan..Aku bingung,aku celaru,aku buntu..Ya Allah,hanya padaMu aku bermohon,Kau tunjukkanlah jalan yang benar untukku,bersihkanlah hatiku ini agar aku bisa merasai kenikmatan kasih sayang yang sebenar benarnya..Ya Allah,jika dia itu untukku,kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya,dan jika dia itu bukan jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,kau jauhkanlah hati kami..Sesungguhnya hanya padaMu kubermohon dan padaMu jua lah aku berserah..Amin..

Tuesday, January 10, 2012

- Kehidupan -

Senyum tak bermakna gembira,
Mungkin sedih itu datang menerpa..

Marah tak bererti benci,
Cuma kadangkala tak mampu untuk bersembunyi..


Suka tak bererti sayang,

Kerna itu lumrah alam..

Diam bukan bererti tak berminat,

Tapi mungkin sedang berfikir..


Ketawa tak bererti selamanya bahagia,

Kadangkala harus ada derita..


Kerna segala yang kita hadapi itu kadangkala tak perlu untuk dipamerkan..


Kerana kita hanya insan biasa,
Kerana kita punya perasaan,


Yang tak akan mungkin dapat dimengertikan..

- Kisah Itu -

Jangan kau cabar hati ini,
Jangan kau duga perasaan ini,
Jangan kau pernah untuk membenci,
Jangan kau cuba untuk menyakiti.


Aku ini apa padamu,
Aku ini siapa untukmu,
Aku menanti jawapanmu,
Aku menanti kehadiranmu.


Tapi..


Mengapa kau biar kisah itu tergantung?

Mengapa tidak ia bersambung?
Mengapa perlu adanya mendung?
Bila sayang masih terbendung!