Thursday, June 28, 2012

- 26/6/2012 + Alhamdulillah -

26/6/2012..Sesuatu yang sangat berharga akhirnya berjaya menjadi milikku..Tatkala apa yang kuimpikan,kunantikan selama ini akhirnya sampai jua ke penghujungnya..Untuk sekeping kertas yang kuperjuangkan selama 7tahun..Aku akui ini bukanlah sesuatu yang amat mudah untuk aku..Tewasnya perasaanku pada sehelai kertas hingga mampu aku titiskan air mata ini..Masih aku ingat lagi tatkala aku jatuh tersungkur,aku lemah tiada daya untuk aku bangun,tapi tetap aku gagahi jua demi mendapatkan hak aku,lalu hari ini menjadi saksi bahawa kejatuhan aku,tangisan aku selama ini berbayar jua..Bukan "title" yang aku kejar selama ini tetapi impian yang menggunung..Lalu sedikit sebanyak rata jua gunung impianku sehingga bisa kucapainya hari ini..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Syukur aku kepada nikmatNya yang tak terhingga..Mungkin aku belum mencapai tahap yang terbaik tetapi aku tetap bersyukur kerana peluang ini berjaya menjadi milikku..Maka dengan ini bermula lembaran baru dalam hidupku dimana aku harus memikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini..Mampu atau tidak,terpaksa jua aku lalui kerana ini adalah jalan yang kupilih..

No comments: