Wednesday, November 26, 2008

- Jauh -

Rapat mata ini kupejam..Bila saja ia terbuka,aku sendiri tidak pasti..Kulihat di depanku punya satu jalan yang amat lurus dan sunyi..Terus tanpa fikir,tanpa hirau,aku melangkah,membawa satu kepastian dalam diri..Terlalu yakin aku hayunkan langkah itu sehingga aku sendiri yang tergelincir..Lalu jatuhku ini terus ke dalam satu gaung yang sangat dalam..Gelapnya tak dapat aku lihat segala..Aku takut..Aku cuba mencari pautan untuk aku keluar dari tempat yang menggerunkan itu,tapi aku tidak pantas untuk berfikir..Kubiarkan segala di depan mataku..Lambat lambat aku aturkan langkah untuk memanjat..Kali ini aku memang tersilap langkah dan aku terus jatuh terjunam lebih dalam lagi hinggakan jauh dari pandangan alam..Aku mahu kembali semula,tapi aku tak mampu..Sampai bila agaknya begini..Penat kubiarkan..Lenguh kulayankan..Letih ini kudiamkan saja..Harus bagaimana lagi?Sejenak kuterdiam,kulihat ada kecil sinar cahaya dari sana.Jauh,terlalu jauh untuk kucari arah tujunya..Masih punya masa untuk aku keluar dari semua ini?Tapi,aku bimbang kakiku ini tak mampu untuk berlari semula.Aku buntu..Amat sukar untuk aku tafsirkan semua ini.Mungkin jua aku tak mampu untuk berpatah balik..Kerna,mungkin juga kini aku sudah jauh dibawa pergi dek kegelapan yang menjunam terus hingga ke dasarnya tanpa dapat dicari dahan untuk kuberpaut lagi..

Wednesday, November 19, 2008

- Hanya padaNya -

Kita ini adalah satu,
Tak akan pernah hadir keduanya..

Walau kadang kala,
Kata hati dan rasa jiwa berbeza,
Masih jua satu jasad yang sama..

Jasad ini masih bernyawa,
Temani roh yang sementara,
Akan nanti akhir semuanya,
Bila roh ini bukan milik jasad..

Kita masih bertekak,
Tak pernah cuba bersyukur..

Semua itu salah..
Semua itu sakit..
Semua itu benci..

Mana sukamu?
Mana puasmu?

Jalan ini satu,
Tapi tak pernah lurus..
Cabangnya tak terkira dek jarimu.
Rintangannya sentiasa ada di sisi..

Ini hidup kita..
Ini wajah kita..
Ini nadi kita..
Ini petunjuk segala..

Tak perlu lari..
Tak terkejar semua itu,
Tak lenyap hadir itu,
Tak tertanggung beban itu..
Itu memang untuk kamu..

Berdiri kamu tetap sama,
Berlari jua masih kamu..

Jawab apa kita padaNya,
Tak terkira dosa melimpah..

Tapi..
Masih ada lagi rahmatNya,
Masih ada lagi ampunNya,
Masih hadir lagi sinarNya,
Masih belum diambil lagi hakNya..

Thursday, November 13, 2008

- Lilac Senja -

Lilac senja..
Seindah wajahmu,

Seharum baumu..

Kucuba bayangkan hadirmu disini,
Datangmu di kala senja,
Aku mencari hadirmu,

Ingin kubelaimu hingga tibanya siang..

Lilac senja..

Hari masih lagi petang,
Kunanti hingga tibanya senja,
Kau datang temani aku di sini,
Indahmu kusimpan dalam jiwaku..


Lilac senja..
Sampai bila harus begini?
Musim ini hadir lagi,

Kau tak akan muncul lagi,
Tiada lagi kamu dalam senjaku..

Lilac senja..
Bawaku bersama indahmu,

Mimpikan aku bersama senjamu,
Hilangkan aku bersama lilacmu,
Aku ingin bersamamu selalu,

Jangan pernah biar ia sejenak,
Lilac senjaku..

Friday, November 07, 2008

- Diam -

Diam..
Jangan tanya dia bila,
Dia tak tahu.
Dia tak akan beritahu.
Dia mahu sendiri..

Kamu tak kenal dia,
Kamu tak faham dia,
Kamu jangan ganggu dia,
Biar dia yang sendiri..

Dia itu diam..
Dia tak perlu jadi bisu..
Dia hanya mahu menangis,
Itu penenang dirinya..

Tak perlu kesat air matanya.
Dia tak mahu sedih itu hilang,

Dia mahu sepi itu datang,
Dia mahu rasa sakit.
Sebab sakit dia gembira..

Dia tipu lagi.
Pura pura kuat..

Kenapa?
Itu salah dia kah?

Jangan..
Berapa kali baru kamu faham?
Jangan ambil tahu.
Tak perlu kamu tanya,
Dia sendiri tak tahu..

Dia tak dapat cerita padamu,
Dia takut kamu tak faham,
Dia risau kamu fikir dia itu sengaja.
Dia akan tunjuk dia tenang..

Kamu suka dia risau?
Kamu tak dapat jawab..

Kamu tak perlu risau.
Dia belum mati lagi..

Dia hanya letih.
Penat dengan sunyi..

Tapi itu bukan salah kamu,
Itu memang silap dirinya..

Tapi itu bukan kataku..
Aku tak tuduh itu silap dirinya..
Itu dari dia..
Diam..


Thursday, November 06, 2008

- Lalukan saja -



Jingga mentari itu menajamkan lagi panahan surianya.Dia berdiri di tengah pancaran itu,bertemankan dedaunan yang berserakan dikelilinginya.Dengan penuh hati hati,dia menyelak buku kehidupannya.Masih banyak yang ketinggalan di situ.Kegagalannya itu nampaknya terlalu kuat menggenggaminya.Dia terdiam di situ.Terlalu banyak cabangan denai yang perlu diteliti.Dia takut untuk memilih.Dia jua takut untuk berdiam.Namun dia harus jua menerima apa yang dipilihnya.Dia yang menentukan arah hidupnya.Dia takut akan ada sesal dihatinya nanti.Hanya doa peneman jiwanya.Buat penenang hatinya di kala resah.Masih jua dia berfikir,takut tersilap langkah kakinya menuju hidup yang tak pasti arahnya.Dia tidak mahu tersesat.Bimbang tiada jalan untuk dia pulang nanti.Tapi,semua itu sudah ditakdirkan.Akan nanti mampukah dia melawan takdir yang sedia tertulis untuk dirinya?


- Pergi lagi -

Pagi yang cerah tak mungkin menghadirkan suria yang menyinar,
Pekatnya malam tak membawa sunyi tuk bertandang,
Hujan itu sudah ditakdirkan,
Cuma pelangi yang mahu menemani surammu.

Lihat bintang pujaanmu,
Tak mampu untuk bersuara,
Hanya penyeri langit malam,
Cuma ingin terus bersinar,
Sinar yang tiada pernah punya erti.

Tegak jagung bukannya bongkak,
Tunduk padi bukan bererti bodoh,
Rendahkan ego tak bermakna dayus,
Tak akan hilang hormat itu,
Tak akan terhina maruahmu itu.

Jangan jadi seperti lalang,
Tak pernah punya prinsip diri,
Tak pernah tuk setia,
Tak pernah cuba tuk berfikir,
Hanya angin menjadi penentunya.

Pergi lagi,
Teruslah kau mencari lagi,
Hidupmu masih belum puas,
Biarkan semuanya indah,
Jangan biar ia terpadam,
Memorimu tetap yang paling indah..

Sunday, November 02, 2008

- You -

Lie her with a piece of joy,
That simple taste could has its own sad story.

She smiles when she could hardly does,
She screams when only theres no one besides her,
She lies when she wants to shut that fussy things.

Turn off the sound of her cries,
Turn on her faking smiles.

She said she always be wanted by you,
But she only wants to be needed.

Share that little time with her.

Enjoy your seconds with her,
When you can't spend your time with her.

But it seems to be the same thing that happened,
Again and over again.

And so,
She could hardly smiles to you,
She could hardly talk to you.

But dont even ask her why,
Coz you are the only one who created her mood.