Wednesday, November 26, 2008

- Jauh -

Rapat mata ini kupejam..Bila saja ia terbuka,aku sendiri tidak pasti..Kulihat di depanku punya satu jalan yang amat lurus dan sunyi..Terus tanpa fikir,tanpa hirau,aku melangkah,membawa satu kepastian dalam diri..Terlalu yakin aku hayunkan langkah itu sehingga aku sendiri yang tergelincir..Lalu jatuhku ini terus ke dalam satu gaung yang sangat dalam..Gelapnya tak dapat aku lihat segala..Aku takut..Aku cuba mencari pautan untuk aku keluar dari tempat yang menggerunkan itu,tapi aku tidak pantas untuk berfikir..Kubiarkan segala di depan mataku..Lambat lambat aku aturkan langkah untuk memanjat..Kali ini aku memang tersilap langkah dan aku terus jatuh terjunam lebih dalam lagi hinggakan jauh dari pandangan alam..Aku mahu kembali semula,tapi aku tak mampu..Sampai bila agaknya begini..Penat kubiarkan..Lenguh kulayankan..Letih ini kudiamkan saja..Harus bagaimana lagi?Sejenak kuterdiam,kulihat ada kecil sinar cahaya dari sana.Jauh,terlalu jauh untuk kucari arah tujunya..Masih punya masa untuk aku keluar dari semua ini?Tapi,aku bimbang kakiku ini tak mampu untuk berlari semula.Aku buntu..Amat sukar untuk aku tafsirkan semua ini.Mungkin jua aku tak mampu untuk berpatah balik..Kerna,mungkin juga kini aku sudah jauh dibawa pergi dek kegelapan yang menjunam terus hingga ke dasarnya tanpa dapat dicari dahan untuk kuberpaut lagi..

No comments: