Friday, November 07, 2008

- Diam -

Diam..
Jangan tanya dia bila,
Dia tak tahu.
Dia tak akan beritahu.
Dia mahu sendiri..

Kamu tak kenal dia,
Kamu tak faham dia,
Kamu jangan ganggu dia,
Biar dia yang sendiri..

Dia itu diam..
Dia tak perlu jadi bisu..
Dia hanya mahu menangis,
Itu penenang dirinya..

Tak perlu kesat air matanya.
Dia tak mahu sedih itu hilang,

Dia mahu sepi itu datang,
Dia mahu rasa sakit.
Sebab sakit dia gembira..

Dia tipu lagi.
Pura pura kuat..

Kenapa?
Itu salah dia kah?

Jangan..
Berapa kali baru kamu faham?
Jangan ambil tahu.
Tak perlu kamu tanya,
Dia sendiri tak tahu..

Dia tak dapat cerita padamu,
Dia takut kamu tak faham,
Dia risau kamu fikir dia itu sengaja.
Dia akan tunjuk dia tenang..

Kamu suka dia risau?
Kamu tak dapat jawab..

Kamu tak perlu risau.
Dia belum mati lagi..

Dia hanya letih.
Penat dengan sunyi..

Tapi itu bukan salah kamu,
Itu memang silap dirinya..

Tapi itu bukan kataku..
Aku tak tuduh itu silap dirinya..
Itu dari dia..
Diam..


No comments: