Thursday, November 06, 2008

- Pergi lagi -

Pagi yang cerah tak mungkin menghadirkan suria yang menyinar,
Pekatnya malam tak membawa sunyi tuk bertandang,
Hujan itu sudah ditakdirkan,
Cuma pelangi yang mahu menemani surammu.

Lihat bintang pujaanmu,
Tak mampu untuk bersuara,
Hanya penyeri langit malam,
Cuma ingin terus bersinar,
Sinar yang tiada pernah punya erti.

Tegak jagung bukannya bongkak,
Tunduk padi bukan bererti bodoh,
Rendahkan ego tak bermakna dayus,
Tak akan hilang hormat itu,
Tak akan terhina maruahmu itu.

Jangan jadi seperti lalang,
Tak pernah punya prinsip diri,
Tak pernah tuk setia,
Tak pernah cuba tuk berfikir,
Hanya angin menjadi penentunya.

Pergi lagi,
Teruslah kau mencari lagi,
Hidupmu masih belum puas,
Biarkan semuanya indah,
Jangan biar ia terpadam,
Memorimu tetap yang paling indah..

No comments: