Tuesday, January 10, 2012

- Kehidupan -

Senyum tak bermakna gembira,
Mungkin sedih itu datang menerpa..

Marah tak bererti benci,
Cuma kadangkala tak mampu untuk bersembunyi..


Suka tak bererti sayang,

Kerna itu lumrah alam..

Diam bukan bererti tak berminat,

Tapi mungkin sedang berfikir..


Ketawa tak bererti selamanya bahagia,

Kadangkala harus ada derita..


Kerna segala yang kita hadapi itu kadangkala tak perlu untuk dipamerkan..


Kerana kita hanya insan biasa,
Kerana kita punya perasaan,


Yang tak akan mungkin dapat dimengertikan..