Tuesday, May 27, 2008

- Dia -


Dia melintasi hati itu tanpa punya rasa sayang.Dia pejamkan hatinya tanpa ada rasa sedih.Dia hilangkan rasa itu bila ia cuba untuk menjelma.Dia pekakkan suara yang cuba memanggil dirinya.Dia terjaga disebalik kegelisahan jiwa yang kosong itu.Dia mencari rasa sayu yang menanti dirinya.Dia terdiam tanpa mengalah.Dia menjerit untuk membisu.Dia tergagal di situ.Dia tak mampu memahami erti rintihan itu.Dia biarkan teriakan itu untuk reda.Dia nantikan sebuah tangisan mengiringi panggilan itu.Dia biarkan saja itu semua terus berlaku.Dia benci untuk kejam.Dia bosan dengan penat.Dia tak memahami erti diperlukan.Dia sepi untuk sendiri.Dia menolak kesalahan dirinya.Dia tujukan pada yang tak cuba untuk mengerti.Dia dongengkan semua kekalutan jiwanya.Dia cuba untuk menyakiti lagi.Dia sedih untuk mengadu.Dia menggeleng untuk mengangguk.Dia pujuk tipu pandangannya.Dia diam tanpa kata.Namun akhirnya,dia jua yang tak mahu untuk bersuara.Lalu terus dia melangkah lagi tanpa punya ada hirau atau kesal.

No comments: