Sunday, December 07, 2008

- Lega -

Seringkali itu semua seakan satu kebencian yang ingin dielakkan,
Namun kekadang,itu semua hanyalah satu hubungan tanpa perasaan..

Pautan itu yang tak akan pernah hilang genggamannya..
Ditolehnya untuk memberi,
Jauh terus dia berlari..
Dikejarnya lagi tanpa henti,
Sapaan itu yang hinggap dihati..

Bertaut mata itu bukan kerna luka,
Cinta itu terlalu dalam untuk dilepaskan..

Bukan salah dia tuk membenci,

Bukan silap dia menampar kenangan yang bertalu..
Bukan mahunya semua itu datang..

Kenapa mesti dia?


Jauh terus semua itu disimpan,
Kemas dan rapi,
Hilang sendiri..
Lega..

Sejuta kasih dia
hampirkan,
Selautan perasaan dia layarkan,
Segenap alam dia pertaruhkan,
Hanya senyuman pengganti tangisan..

Didepan mata hadirkan diri,
Dalam hati bukan sendiri,
Masih berteman jiwa yang sepi,
Tak perlu untuk berlari lagi,

Kerna yakin dia kerana satu,
Tersandar puas memeluk cinta..
Biar nanti akan terpejam,
Tetap jua didepan ada segala..

No comments: