Thursday, June 28, 2012
- 26/6/2012 + Alhamdulillah -
Monday, February 20, 2012
- Aku Hanya Aku -
Tuesday, February 07, 2012
- Dia -
Bila difikirkan kembali segalanya yang berlaku bukanlah sesuatu yang mudah..
- Senyuman Itu Milik Mereka Yang Sabar -
Hari ini indah tak seperti hari semalam yang penuh dengan gelapnya awan,lebatnya hujan..Benar kata orang,tuk menghadirkan pelangi itu bukan sesuatu yang mudah,harus bisa menerima hujan yang datang melanda..Panas tak semestinya bahagia..Mendung bukan bererti sengsara..Lalu aku belajar bahawa semua itu adalah dugaan dariNya Yang Maha Esa,Yang Maha Kuasa,menitipkan rasa kasih dan rindu,menghadirkan pelangi tatkala ribut melanda..Dan aku akui,aku bersyukur padaMu kerana bukan saja mengurniakan ujian ini kepada hambaMu yang lemah dan hina ini,tetapi juga memberi peluang untukku mengatasi segalanya..Semoga hari ini berterusan dengan segala yang baru, yang lebih sempurna untukku..Semoga coretan kisah semalam itu akan terus terhenti buat selamanya..Semoga ujian itu mampu memberi peringatan kepadaku untuk sentiasa kuat dalam menjalani segala dugaan yang bakal mendatang..Amin~Wednesday, January 25, 2012
- Aku -
Monday, January 23, 2012
- Awak -
Saya tak kata saya dah berhenti menyayangi awak..Saya tak kata saya dah benci awak..Saya tak kata saya tak sukakan awak..Saya tak kata saya nak tinggalkan awak..Tapi..Saya penat..Saya penat untuk buat semua sendiri..Saya penat nak berusaha lagi..Saya penat nak menegur benda yang sama..Saya penat sebab awak tak pernah nak bersungguh sungguh macam dulu..Awak tak kesiankan saya ke?Saya sayang awak sangat tapi kenapa awak selalu tak nampak saya?Kenapa awak selalu lupakan saya?Awak dah bosan dengan saya?Awak dah penat melayan saya?Awak dah tahu saya sayangkan awak,jadi awak tak perlu buat apa apa kan..Awak...Saya nak cakap ni sekadar untuk peringatan awak je..Awak janganlah cuba mencabar kesabaran saya,jangan menguji kasih sayang saya..Saya manusia biasa awak..Sedangkan hujan pon boleh hadir tatkala matahari memancar inikan pulak hati saya..Saya tak mintak benda yang buruk untuk kita,tapi jangan sampai saya hilang,bukan saja dari hidup awak,tapi juga dari hati awak..Kalau dah sampai itu yang berlaku,awak renungkanlah balik apa yang saya pernah cakap sebelum ini ye..Saya harap awak boleh faham apa yang saya bagitahu ni sampai bila bila,sebab saya dah sangat penat,jangan uji saya lagi ye..Sekian..- Lupa -
Sunday, January 22, 2012
- Ya Allah -
Tuesday, January 10, 2012
- Kehidupan -
Senyum tak bermakna gembira,
Mungkin sedih itu datang menerpa..
Marah tak bererti benci,
Cuma kadangkala tak mampu untuk bersembunyi..
Suka tak bererti sayang, 
Kerna itu lumrah alam..
Diam bukan bererti tak berminat,
Tapi mungkin sedang berfikir..
Ketawa tak bererti selamanya bahagia,
Kadangkala harus ada derita..
Kerna segala yang kita hadapi itu kadangkala tak perlu untuk dipamerkan..
Kerana kita hanya insan biasa,
Kerana kita punya perasaan,
Yang tak akan mungkin dapat dimengertikan..
- Kisah Itu -
Jangan kau cabar hati ini,
Jangan kau duga perasaan ini, 
Jangan kau pernah untuk membenci,
Jangan kau cuba untuk menyakiti.
Aku ini apa padamu,
Aku ini siapa untukmu,
Aku menanti jawapanmu,
Aku menanti kehadiranmu.
Tapi..
Mengapa kau biar kisah itu tergantung?
Mengapa tidak ia bersambung?
Mengapa perlu adanya mendung?
Bila sayang masih terbendung!












