Monday, February 25, 2008

- Aku dalam perjalanan itu -

Kuberjalan,kutersungkur.
Biar aku yang merangkak,

Supaya aku sendiri nanti,
Yang dapat bertatih.

Kerna pastinya kemudian,
Aku yang dapat bangkit semula.


Dan nanti,

Akan kuteruskan lagi,
Perjalanan langkah kehidupan,
Yang hanya kupinjam ini.

Walau aku sendiri,
Tak pernah mampu membayar,
Harga sebuah nyawa,

Yang termaktub selama ini,
Aku akan tetap terus melangkah,
Sehingga aku tersungkur selamanya,
Ketika menyahut hari itu,
Suatu ketika nanti.

Kerana,
Biar aku bersembunyi,
Mahupun cuba berlari,
Ke hujung dunia sekalipun,
Aku tetap akan dijemput.

Yang membezakan nanti,
Adakah aku mampu dijemput,
Dengan hormat,
Atau sebaliknya..

Innalillah...

No comments: