Saturday, February 23, 2008

- Biarkan dia -



Setiap wajah yang melintasi diri itu seakan membongkar segalanya.Segala nostalgia indah jua pedih senantiasa tersimpan kemas di dalam hatinya.Getar jiwanya semalam terus hilang dibawa bersama sebuah kemaafan dalam dirinya.Lalu,keinsafan kini yang senantiasa memburu setiap langkahnya.Kadangkala dia tersungkur di bawah pohon kesilapan.Namun, dia lantas bangkit bersama secebis kekuatan yang mungkin dicuri dari bayangnya kelmarin.Dia berlari lagi namun bayangan dirinya tetap terus mahu mengekorinya.Dia rimas dengan telahan mereka semua.Dia benci akan tindakan jelik mereka di hadapannya.Lalu dipejamkan mata itu,ditekupnya cuping itu dan terus dia berlalu tanpa mempedulikan lagi perasaan itu.Biar dia yang menentukan langkahnya,biar dia yang mencorakkan arahnya,dan biarkan jua dia berterusan dengan bayangnya itu.

No comments: