Wednesday, February 27, 2008

- Aturan bicara -

Kelip kelip mata memandang,
Kumat kamit bibir terucap,
Perit payah bahu menyandang,
Persis puas kaki tertancap.

Lembut pipi tersambar bayu,
Terus terbuai asyiknya angan,
Nyiur itu semakin layu,
Nak bermegah terasa segan.

Jauh dagang menumpang diri,
Mahu berteduh tanpa haluan,
Biar terhina jatinya diri,

Tetap teguh mahu bertuan.

No comments: